Mukhayyam Bahasa Arab
Nov 2nd, 2008 by razzyy
Mukhayyam Bahasa Arab Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan serentak pada 31 Oktober 2008 hingga 02 November 2008 di Kuching bagi Zon A,Sibu bagi Zon B dan Miri bagi Zon C.Bagi Zon C,Mukhayyam ini diadakan di SMK Agama Miri.Antara sekolah yang terlibat bagi Zon C ini ialah SMK Agama Miri,Kolej TDT Hj Bujang,SMK Agama Limbang,SMK Baru Bintulu dan SMK Bintulu.Ia melibatkan lebih kurang 100 orang peserta yang terdiri dari pelajar Tingkatan Dua dan Empat.Banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena Mukhayyam ini.Ia amat memberi makna kepada peserta kerana banyak input yang dapat diambil dari program ini,di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan mereka. Ustaz Ahmad Fauzi mewakili PPG Miri menyempurnakan perasmian penutupan bagi Mukhayyam Bahasa Arab Peringkat Sarawak bagi Zon C.
Antara gambar sempena Mukhayyam ini:
Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.
Derma Untuk Pembinaan Masjid Tok Guru,Tanah Merah Kelantan.

Blog kamek:
Randau Ruai