Ihtifal Bahasa Arab KAA Zon 4
Sep 25th, 2008 by razzyy
Al-hamdulillah,Ihtifal Bahasa Arab Zon 4 yang melibatkan sekolah yang ada Kelas Kemahiran Al-Quran (KAA) di Miri dan Bintulu iaitu Kolej TDT Hj Bujang,SMK Bintulu dan SMK Baru Bintulu berjaya diadakan dengan jayanya.Ihtifal ini diadakan pada 19 September - 21 September 2008. Pelajar KAA yang terlibat lebih kurang 123 orang yang terdiri dari pelajar Tingkatan 1 hingga 3.Dapatan dan komen dari pelajar-pelajar yang mengikuti program ini amat memberangsangkan…semua gembira dan berpuas hati dengan program ini.Ihtifal ini adalah anjuran SPPIM,JPN Sarawak.Kolej TDT Hj Bujang diberi kepercayaan untuk menjadi penyelaras bagi program ini.Program ini banyak dibantu oleh Task Force Miri yang memang sporting giler dan best.Terima kasih banyak-banyak di atas bantuan dan pengorbanan yang diberikan.Dr Azhar dari SPPIM dan Ustaz Ahmad Fauzi dari PPG Miri memantau program ikut serta dalam program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini ialah pertandingan pidato bahasa arab,kalam jama’i bahasa arab,melukis komik bahasa arab,treasure hunt,nasyid bahasa arab dan banyak lagi.Memang best la program ni.Pihak urusetia juga menyumbangkan dua buah lagu di akhir program.
Derma Untuk Pembinaan Masjid Tok Guru,Tanah Merah Kelantan.

Blog kamek:
Randau Ruai
salam,ust….hahaha..cali gambr mkorg ada kt ctok..tp ihtifal ya nang best la,tp syg mkorg xpat ekot gyk thn dpn wawa..cdeh eh..
salam,ust….hahaha..cali gambr mkorg ada kt ctok..tp ihtifal ya nang best la,tp syg mkorg xpat ekot gyk thn dpn wawa..cdeh eh..aina
assalamualaikum w.b.t….. pa kabar ustz? bgs eh blog ktk. mcm2 ada….. thanks sbb engkah gmbr mkorg dlm tok.thn dpn ada gyk ka ihtifal?cuba la mkorg dpt ikot thn dpn?kn best……..