Secebis nasihat
Feb 7th, 2010 by razzyy
Pagi tadi ana berkesempatan mengikuti kuliah subuh Mufti Perak,Dato’ Seri Harussani Zakaria kat masjid tak jauh dari rumah sewa ana kat Ipoh ni,Masjid Kg Melayu..ni la kali pertama ana melihat Mufti Perak ni secara ‘live’..biasa tu tengok dalam tv aje…memang mantap la orangnya…dalam kuliah tadi,Dato Harussani menyentuh tentang topik dilarang mengungkit kebaikan yang kita lakukan kerana belum tentu segala kebaikan yang kita buat tu diterima oleh Allah…sebagaimana kita menyembunyikan keburukan yang terlanjur kita lakukan,begitu juga dengan kebaikan…tidak boleh diungkit-ungkit atau diwar-warkan,lebih-lebih lagi kalau ada niat untuk menunjuk-nunjuk…topik yang kedua,kita juga tidak boleh mempertikaikan tentang apa yang kita perolehi dari rezeki yang dikurniakan kepada kita kerana apa yang telah ditetapkan adalah yang terbaik bagi kita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang ingin mengambil pengajaran darinya.
Derma Untuk Pembinaan Masjid Tok Guru,Tanah Merah Kelantan.


Blog kamek:
Randau Ruai