Sambut Artis
Sep 25th, 2008 by razzyy
Gambar kenangan semasa menyambut Al-Fadhil Ustaz Ramadhani (Penasihat Syariah RHB Bank, Abang Nazrey (ex-Raihan) dan adik-adik dari kumpulan Devotees.Mereka tiba di Lapangan Terbang Miri lebih kurang pukul 5.20 petang kelmarin. Kamek(aku),Cikgu Abdullah,Abang Syamsul & isteri serta Ustaz Muzaha (tiada dalam gambar sebab jadi cameraman)menyambut kedatangan mereka. Sepatutnya seorang lagi ahli kumpulan Devotees dan Ustaz Akhwan Afandi sampai ke Miri dengan penerbangan yang sama tapi kami dimaklumkan mereka berdua lewat sampai KLIA kerana alasan tertentu hinggakan tertinggal flight.Difahamkan mereka berdua akan sampai pada pagi ini (17.08.08) sebab malam ini Konsert Amal akan bermula.Jadi bagi yang berminat untuk menonton artis-artis ini membuat persembahan,dijemput ke Konsert Amal malam ini di Dewan Suarah,Miri,bermula jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam.Datang…jangan tak datang.Berhibur sambil beramal,kerana sebahagian hasil Konsert Amal ini akan didermakan kepada rumah anak yatim di Miri.
Derma Untuk Pembinaan Masjid Tok Guru,Tanah Merah Kelantan.

Blog kamek:
Randau Ruai