Lihat Anak Bulan
Sep 25th, 2008 by razzyy
Petang semalam,aku serta beberapa orang rakan seperjuangan(beberapa orang guru Kolej TDT Hj Bujang) bersama-sama memeriahkan khemah tempat melihat anak bulan di Tanjong Lobang.Saja je pergi…cuba-cuba belajar tengok anak bulan…tapi macam tu ajelah,setakat intai ikut “teropong” aje la…tak berapa nak faham la aku macamana caranya mereka cam anak bulan ni…petugas kat situ kata,anak bulan akan kelihatan di titik yang mereka tetapkan kat dlm “teropong” tu…bila aku intai melalui skrin “teropong” tu,memang ada tempat yang ditanda itu ..hebat jugak mereka ni…mesti terer bab falak ni…hinggakan dah boleh tentukan kat mana titik tempat anak bulan akan muncul. Tapi anak bulan kat miri ni tak nampak pulak…lindung awan kot….yang pastinya hari ni dah puasa,dah diumumkan oleh penyimpan besar mohor diraja semalam..maksudnya sekarang ni kita telah pun berada di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak,bulan yang penuh dengan keberkatan .Kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana ahli falak mencerap anak bulan,sila klik kat sini…satu artikel tentang ilmu falak…mesti baca punya…aku nak hurai panjang-panjang tentang ilmu falak ni,mcm aku kata tadi la,tak reti sangat..belajar tak habis dulu…hehe…guru aku yang mengajar ilmu falak tu pun dah lama dijemput oleh Allah(meninggal dunia).Al-Fatihah untuk guru saya tersebut.
Derma Untuk Pembinaan Masjid Tok Guru,Tanah Merah Kelantan.


Blog kamek:
Randau Ruai