Kadar Zakat Fitrah 2008
Sep 25th, 2008 by razzyy
Senarai kadar zakat untuk negeri:
- Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya - RM5.20
- Perlis - RM5.00/RM7.00
- Kedah - RM7.00
- Pulau Pinang - RM7.30
- Perak - RM7.00
- Selangor - RM5.20
- Negeri Sembilan - 6.50
- Melaka - RM6.30
- Johor - RM6.50
- Pahang - RM7.30
- Terengganu - RM6.00/RM7.00/RM8.00
- Kelantan - RM7.60
- Sabah - RM7.70
- Sarawak - RM7.50
Kadar zakat fitrah berubah-ubah setiap tahun kerana mengikut harga semasa beras (bagi Malaysia).
Dalil difardukan zakat Fitrah:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Puasa bulan Ramadhan tergantung di antara langit dengan bumi,ia tidak diangkat kecuali setelah mengeluarkan zakat fitrah.”
Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata :
Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadhan satu sha’ dari kurma, atau satu sha’ dari sya’iir. atas seorang hamba, seorang merdeka,laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )
So,zakat fitrah adalah wajib.
Dr. Yusof al-Qaradawi telah menyebut tentang empat ciri-ciri zakat fitrah di dalam kitabnya ‘Mushkilah al-faqr wa kaifa a’lijuha al-Islam’untuk membezakan kewajipan zakat ini dan zakat harta.
Yang pertamanya: zakat fitrah adalah umpama cukai kepala ke atas individu dan bukan ke atas harta.
Kedua: zakat fitrah ini difardhukan kepada semua lapisan manusia. Rasulullah s.a.w telah mewajibkannya ke atas setiap muslim tanpa mengira sama ada hamba sahaya atau orang merdeka, lelaki atau perempuan dan kaya atau miskin. Zakat fitrah tetap diwajibkan kepada gologan miskin sekiranya mereka memiliki wang yang cukup dan memiliki wang yang cukup untuk keperluan makan minum sekeluarga pada hari raya Aidil Fitri.
Ketiga: zakat fitrah bukan hanya diwajibkan untuk dirinya sahaja, tetapi dia juga perlu
membayar zakat fitrah bagi setiap individu yang menjadi tanggungannya.
Dan keempat: ialah Islam telah mengecilkan kadar pembayaran zakat fitrah sebagai satu kemudahan untuk umat Islam menunaikannya.
Rahsia yang kita perolehi daripada ciri-ciri zakat fitrah ini, Allah SWT menghendaki manusia memahami konsep dalam membina hubungan dengan Tuhan, kita juga sebenarnya mempunyai kewajipan yang perlu ditunaikan sesama manusia.
Oleh kerana itulah antara tujuan Allah SWT mewajibkan zakat fitrah untuk semua golongan adalah untuk memberi penjelasan tentang hubungan sesama manusia yang perlu ditunaikan oleh kita.
Sebagai manusia kita perlu memuliakan golongan fakir miskin kerana mereka juga adalah saudara seagama kita dan mudah-mudahan dengan pertolongan kita itu akan dapat membantu mereka untuk sama-sama menyambut kemeriahan Aidil Fitri bersama-sama.
“SELAMAT BERZAKAT”
keyword:razzyy, peristiwa, ibadat, randau ruai,
kolej tun datu tuanku hj bujang,
perkongsian, akhlak, kelantan, ustaz razi, yayasan amal,
dakwah, usrah, ayat manzil, puasa, hari raya, hijrah, nisfu syaaban, bahasa arab,
Ramadhan, fadhilat, puasa, tarawih, kelebihan ramadhan,
Derma Untuk Pembinaan Masjid Tok Guru,Tanah Merah Kelantan.

Blog kamek:
Randau Ruai